BIOGRAFI BAGINDA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hasyim.
• Waktu lahiran : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal
bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenal sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa
tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka’bah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah
Al-Mukarramah.
• Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba
perempuan ayah Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu
Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
(lebih dikenali Halimah
As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Usia 5 Tahun
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan
oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bisikan syaitan yang ada di dalam hatinya.
Usia 6 Tahun
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal
dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan ayah
Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya Abdul Muttalib.
Usia 8 Tahun
• Kakeknya, Abdul Muttalib juga meninggal dunia.
• Baginda Nabi SAW kemudian diasuh lagi oleh ayah
saudaranya, Abu Talib.
Usia 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12
tahun).
• Bersama ayah saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam
atas urusan perniagaan.
• Di kota Basrah, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahiro (Buhairo) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
masa itu.
Usia 20 Tahun
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam
kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, hal 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15
tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan sebagai
mengumpulkan anak-anak panah saja.
• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai
untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Usia 25 Tahun
• Bermusafir yang kedua ke Syam atas urusan perniaga’an
barang-barang Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki
pesuruh Khadijah.
• Baginda Nabi SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa
orang ayah saudaranya yang lain pergi bertemu Amru bin
Asad (ayah
saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
Usia 35 Tahun
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding
Ka’bah.
• Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemulia’an untuk meletakkan ‘
Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertikaiyan berhubung
peletakan batu tersebut.
Usia 40 Tahun
• Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai pelantikan menjadi
Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 Tahun
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24
September 622M.
Usia 63 Tahun
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada
hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Istri-istri Rasulullah SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin
Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Sofiyah Binti Huyai bin Akhtob.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ;
Ibu Orang Miskin).
11. Juwairiyah binti Al-Haarits
Untuk melihat secara detai Istri beliau Nabi SAW silahkan
lihat (baca : Berapa Istri Rasulullah)
Anak-anak Rasulullah SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
0 komentar:
Posting Komentar