Amalakanlah Bersedekah di Waktu Pagi dan Berdoa Dengan
Doa Menolak Musibah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji
bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat
yang dikasihi kerana Allah,
Rasulullah
SAW sentiasa mengajar umatnya untuk sentiasa bersedekah di waktu pagi dan
membaca doa menolak musibah pada waktu pagi dan petang kepada Allah SWT boleh
terhindar atau dijauhi daripada bala dan musibah.
Perkara-perkara
yang boleh menjauhkan bala dan musibah adalah seperti berikut :
Pertama :
Bersedekah pada waktu pagi.
Kedua : Membaca
doa menolak musibah
Huraiannya
:
Pertama :
Bersedekah pada waktu pagi.
Nabi SAW
berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang
sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan
berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya
bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat
menolak bahaya di udara."
Berdasarkan
hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa bahaya (bala) akan turun pada waktu
pagi maka jika kita bersedekah pada waktu pagi boleh menolak bahaya di udara
dengan izin Allah SWT.
Bagaimana
cara-cara kita hendak bersedekah pada waktu pagi?
Perkara ini
amat mudah kerana di masjid atau di surau terdapat tabung-tabung derma samaada
untuk mesjid atau surau atau tabung khusus untuk anak yatim maka semasa datang
kemasjid atau surau untuk solat subuh berjemaah maka masukkan kedalam tabung
tersebut walaupun hanya satu ringgit. Amalkan setiap hari niatkan semata-mata
kerana Allah SWT.
Nabi SAW
bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali
disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata :
‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan
salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan
kerugian.”
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis
yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh
sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian
yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis
Riwayat al-Turmuzi)
Maksud
kematian yang buruk (su'ul khatimah) ada kematian mengejut disebabkan
kemalangan jalan raya, mati terbakar, mati lemas atau mati dibunuh. Di khuatiri
semasa mengalami kematian tersebut tidak sempat mengucap kalimah
"Laailahaillallah" dan tidak sempat bertaubat.
Al-Mubarakafuri
pula menceritakan bahawa Imam al-Iraqi pernah berkata : “Jika difahami secara
zahir apa yang dimaksudkan dengan kematian yang buruk adalah seperti meninggal
dalam runtuhan , jatuh di tempat tinggi, mati lemas, mati terbakar, diganggu
syaitan ketika sakratul maut dan mati ketika sedang melarikan diri dari medan
perang dimana keadaan-keadaan seperti ini yang Nabi SAW. memohon kepada Allah
untuk dijauhkan daripadanya.”
Kedua :
Membaca doa menolak musibah
Dari Aban
bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA
YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’
Maksudnya :
"Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada
di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan
sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi
hari, dengan izin Allah.”
(Hadis
Riwayat Ahmad no 497)
Satu ketika
Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa
penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal
dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman
dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa
tersebut.
Nabi SAW
ada mengajarkan satu doa untuk kita amalkan supaya doa tersebut menjauhkan kita
daripada kesusahan bala. maksudnya :"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan
qada dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)"
(Hadis
Riwayat al-Bukhari).
Amalkanlah
doa-doa tersebut di atas setiap hari waktu pagi dan petang sebagaimana yang diajarkan Nabi SAW dan
yakinlah bahawa kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT daripada musibah,
bala, su'ul khatimah dan gangguan sihir.
Sahabat
yang dimuliakan,
Jadikan
sedekah yang ikhlas dan doa khusyuk yang di mohon dengan rasa rendah diri
kepada Allah SWT sebagai amalan harian yang tidak kalian tinggalkan, samaada
kalian berada dalam keadaan kaya, miskin, hidup menanggung berbagai masaalah
atau tidak ada masaalah. Jika kalian ingat Allah SWT semasa kalian senang atau
kaya maka Allah SWT akan ingat kalian semasa kalian susah atau miskin.
Beristiqamahlah dengan kebaikan kerana mereka yang hidup beristiqamah akan
mendapat reda dan kasih sayang Allah SWT.
1 komentar:
Izin ya admin..:)
Suntuk di rumah yuk gabung dan menangkan permainan kartu bersama kami hanya di ARENADOMINO 8 game kami sediakan untuk kalian semua so tunggu ap lagi yukk... WA +855 96 4967353
Posting Komentar