5 Strategi Apabila Merasa Kusut Dalam Menyelesaikan
Masalah
Bagaimana kita boleh menyelesaikan Masalah Hidup dengan
mudah? | figure.it.out by karlaHernandez
Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat
rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur
malam, hilang selera makan dan berasa sangat keliru untuk membuat keputusan?
Benar?
Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini.
Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut
dari setiap sudut. Hasilnya, saya akan bertambah serabut.
Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut
ke dalam kekeliruan, dan lebih besar
masalah yang dirasakan.
Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut
Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah
tersebut, anda rasa apa yang kita dapat?
– Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan
kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.
Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan
masalah tersebut.
Bersederhana
Saya mendapati perkara ini benar.
Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu
masalah adalah bersederhana.
Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan. Tidak
terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah
yang dihadapi. Cuma bersederhana.
Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW
bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”
Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi
yang ringkas untuk menyelesaikan
kebanyakkan masalah, Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu
membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga
5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah
1. Fokuskan kepada Penyelesaian
Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika
kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif,
yang akan menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah.
Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi
hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara
untuk menyelesaikannya.
Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi
penyelesaian?
2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif
Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.
Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri
menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan
perhatian kita.
Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa
ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di
saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
3. Sentiasa berfikiran terbuka
Sangat penting!
Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka kerana
ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian masalah.
Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea
penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang
akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.
4. Permudahkan masalah!
Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan.
Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih
besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala
benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.
Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian
yang mudah
Strategi ini selalunya menjadi!
5. Ubah Cara pemikiran
‘You cannot dig a hole in a different place by digging it
deeper.”
Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah
tersebut.
Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru.
Walaupun merasakan ia janggal,
pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan baik
*****
Selamat menyelesaikan masalah!
Semoga cara diatas dapat membantu mempermudahkan anda
menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.
0 komentar:
Posting Komentar