Doa yang
Menggetarkan Arasy
Assalamu'alaikum,
Doa ini hamba 'panggil' Doa Malaikat Arasy sahaja...Kena
faham bahawa kita tidak bergantung harap kepada para Malaikat, tetapi kepada
Allah SWT semata-mata. Hamba ambil dari arwah Mursyid, lama dahulu. Ada kisahnya
di zaman RSAW (catatan seterusnya). Maklumat dari guru hamba lebih kurang sama
ceritanya. Kaifiat beramal yang hamba ambil dari arwah Mursyid adalah:
1)Mendirikan solat hajat khusus.
2)Selepas salam, sujud semula.
3)Dalam sujud semula itu , baca doa2 yang afdal dan hajat
dihati.
4)Akhiri dengan doa ini tiga kali sekurang2nya.
5)Bangun semula dan beri salam seperti biasa.
Hamba kongsi amalan doa ini dengan pembaca kerana ia
banyak manfaatnya. Dalam satu kisah,
staf di pejabat hamba mengadu ibunya tidak cukup darah dan masalah-masalah
lain. Hamba berikan doa ini kepada ibu kepada staf di Jabatan hamba itu dan
minta beliau amalkam. Maksudnya baca dalam doa selepas solat, baca dalam solat
hajat khusus dan lain-lain. Alhamdulillah, pada suatu pagi Jumaat, staf ini
menyampaikan kepada hamba bahawa ibunya bermimpi Malam Jumaat itu seorang budak
kecil datang merenget untuk minum susu pada kali terakhir pada ibunya (yang tua
itu). Budak kecil ini berjanji tidak akan datang lagi selepas itu. Rupa-rupanya
'budak kecil' itu Toyol belaan orang di kampung ibunya itu (sekitar Cheras).
Toyol itu menjadikan ibunya yang tua itu 'sebagai tempat hisap darah'. Sebab
itulah darahnya (ibu staf ini) sentiasa tidak cukup, muka pucat, kena makan
macam2 ubat dan vitamin. Alamdulillah, selepas mimpi tersebut, ibu kepada staf
ini mukanya dah merah dan tidak mengahadapi masalah kurang darah lagi.
Cerita kedua adalah seorang tenaga akademik dekat bilik
hamba telah 'dirasuk' oleh jin yang dihantar oleh seorang bomoh. Apabila jin ni
nak rasuk, staf ini akan dengar bunyi tertentu, dan perlahan, sedikit demi
sedikit tidak dapat mengawal dirinya sehingga kerasukan. Beliau akan cuba
bertahan dengan banyakkan berzikir, baca ayat Kursy dan sebagaiya. Hamba tanya
beliau adakah ada 'buat apa2' yang mungkin pelajarnya marah (Pelajar pasca
siswazah). Beliau perasan memang ada pelajar sarjana dalam kelasnya semester
sebelum ini yang tidak puas hati dengannya. Apatah lagi beliau seorang yang
agak tegas dalam kuliah. Jadinya pelajar ini telah mengupah tok bomoh untuk
'kerjakan beliau'. Hamba beri doa ini
dan minta beliau amalkan. Alhamdulillah, beliau sembuh dari serangan tok bomoh
ini.
Banyak lagi manfaatnya. Hamba sendiri banyak gunakan doa
ini untuk berhadapan dengan makhluk-makhluk ghaib, jin, syaitan dan
dewa-dewi. Kalau nak berperang, letih
kita melayan alam malakut, maka kita mohon pertolongan Allah jelah... Selain
itu, hamba juga amalkan doa ini untuk menghadapi ujian berkaitan pelbagai jenis
sihir dan sakti, sama ada kecil ataupun besar.
Doa yang hamba terima ini sedikit berbeza dengan doa dalam laman
sesawang di Indonesia. Kalau pembaca nak amalkan, hamba cadangkan amalkan doa
yang hamba berikan di sini. Hamba berikan petikan dari laman sesawang Indonesia
ini sebab nak maklumkan bahawa doa ini memang ada dalam Kitab Lama. Memandangkan ramai pembaca tak kenal hamba,
dan doa ini ada dalam sirah RSAW, maka eloklah untuk pembaca amalkan dan lihat
sendiri manfaatnya.
Wassalam.
*Hamba dimaklumkan oleh Tuan Abdul Hakim Abdul Rashid
dalam Group Keluarga Besar Naqshabandiah Kholidiah bahawa doa ini adalah doa Zaid bin Harithah dan ada
di dalam wird amalan Tarikat Darqawiah Syazaliah
دعاء
ملائكة عارش
اَللَّهُمَّ يَاوَدُوْدُ
(3كالي)
يَاذَالْعَرْشِ الْمَجِيْدِ
يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَا
فَعَّالٌ لمَاَيُرِيْدُ
أَسْأَلُكَ بِنُوْرِوَجْهِكَ
الَّذِيْ مَلآ أَرْكَنَ عَرْشِكَ
وَبِقَدْرَتِكَ الَّتِيْ
قَدَّرْتَ بِهَا عَلَى جَمِيْعِ خَلْقِكَ
وَرَحْمَتِكَ الَّتِيْ وَسِعَتْ كُلِّ شَيْءٍ
يَا حَيٌّ يَاقَيُّوْمُ
لاَاِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
يَاغِيَاثَ اَلْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَعَنِّيْ
يَامُغِيْث (3كالي)
TERJEMAHAN
Wahai Allah
Yang Maha Pencinta (3x)
Wahai Yang Memiliki Arasy Yang Maha Mulia
Wahai Yang
Maha Memulai Wahai Yang Maha Mengembalikan, Wahai Yang Maha Pelaksana Terhadap
apa yang Dia Kehendaki
Aku mohon KepadaMu
Dengan Cahaya KeagunganMu yang telah memenuhi penjuru ArasyMu
Dan aku
mohon KepadaMu Dengan KetentuanMu yang telah Engkau tentukan ke atas semua
CiptaanMu
Dan aku
mohon Dengan Kasih SayangMu yang telah Engkau luaskan segala sesuatu
Wahai Yang
Maha Hidup Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri
Tidak ada
Tuhan selain Engkau
Yang Maha Penolong kepada Yang Mencari
Pertolongan tolonglah aku
Wahai Yang
Maha Penolong )3x)
sumber : http://mfatoniasyhari.wordpress.com/2009/06/12/doa-menggetarkan-arsy/
DOA YANG
MENGGETARKAN ARSY ALLAH SWT
Penerjemah
: H. Mohamad Fatoni Asyhari, S.Ag
يَا
وَدُوْدَ يَا وَدُوْدَ . يَاذَا
اْلعَـرْشِ اْلـمَجِـيْدِ. يَا مُبْدِأَ يَا مُـعِـيْدَ. يَا فَعَّالاً لِمَا
يُرِيْدُ. أَسْأَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلَـأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ.
وَأَسْأَلُكَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَـدَّرْتَ بِهَا عَلَى جَمِيْعِ خَـلْقِكَ.
وَأَسْـأَلُكَ بِرَحْمَـتِكَ الَّتِي وَسِعْتَ كُلَّ شَيْئٍ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ
أَنْتَ. يَامُغِيْثَ أَغِــثْـنِي.
Ya waduud,
ya waduud, ya dzal arsyil majiid.
Ya mubdia ya muiid.
Ya fa’aalal lima yuriid. As aluka binuuri wajhikal ladzii mala-a arkaana
arsyika. Wa as aluka biqudrotikal latii qoddarta bihaa ‘alaa jamii’i kholqika.
Wa as aluka birohmatikal latii wasi’ta kulla syaein. Laa ilaaha illaa anta, ya
mughiits aghitsnii.
Artinya :
Ya Dzat
Yang Maha Kasih, Ya Dzat Yang Maha Kasih. Ya Dzat Yang Mempunyai Arsy yang
agung. Ya Dzat Yang Memulai dan Mengembalikan. Ya Dzat Yang Selalu sukses apa
yang dikehendakiNya. Aku mohon padaMu dengan cahaya keagunganMu yang telah
memenuhi sendi-sendi ArsyMu. Dan Aku mohon kepadaMu dengan ketentuanMu yang
telah Engkau tentukan semua ciptaanMu. Dan aku mohon dengan kasih sayangMu yang
telah Engkau luaskan segala sesuatu. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Ya Dzat
Yang Maha Penolong, tolonglah aku.
(Dibaca 3
kali)
SEJARAH DOA
Dalam
hadits riwayat Anas RA, beliau berkata :
Ada
seseorang di zaman Nabi, berdagang dari Syam menuju Madinah tidak disertai
rombongan karena tawakkal kepada Allah SWT. ketika dia kembali ke Syam, ia
dihadang oleh perampok berkuda.
Perampok
berteriak : Berhenti !
Berhentilah
pedagang : Kamu mau harta ?
Perampok :
Harta ini milikku, aku mau nyawamu.
Pedagang :
Tunggulah aku sampai selesai shalat !
Perampok :
Lakukan apa yang kau mau !
Kemudian
pedagang shalat 4 rokaat dan menengadahkan kepalanya ke langit seraya berdoa :
يا
ودود يا ودود . يا ذا العـــرش المجيد .
يا مبدأ يا معيد. يا فعالا لما يريد. أسألك بنور وجهك الذي ملأ أركان عــرشك. وأسألك
بقدرتك التي قـــدرت بها على جميع خــلقــك. وأسألـك بـرحـمتك التي وسعـــت كل
شـــيء. لا أله ألا أنت. يامغيث أغثني. (x3)
Tiba-tiba
datang (Malaikat) penunggang kuda dengan membawa senjata perang, ketika
perampok melihatnya, maka ditinggalkanlah pedagang dan . Ketika (Malaikat
Penunggang Kuda) mendekat, maka ia menusuk perampok hingga mati jatuh dari
kudanya.
Penunggang
kuda berkata kepada pedagang : Ketahuilah bahwa saya Malaikat dari langit
ketiga. Ketika kamu berdoa pertama kali, kami mendengar bunyi pintu-pintu
langit. Kami berkata : suatu peristiwa telah terjadi. Ketika kamu berdoa yang
kedua, terbukalah pintu-pintu langit, ketika kamu berdoa yang ketiga, turunlah
Malaikat Jibril seraya berseru: Siapa
yang sedang dilanda kesusahan ini?, maka kamu mohon kepada Allah SWT agar aku
diperintahkan membunuhnya (perampok). Ketahuilah wahai hamba Allah bahwa barang
siapa yang berdoa dengan doamu ini saat mendapat kesulitan, maka Allah SWT akan
menolongnya dan memberi solusi. Kemudian Pedagang datang kepada Nabi Muhammad
SAW dan mengabari Beliau (tentang peristiwa tadi). Rasulullah SAW bersabda : “
Sungguh Allah SWT telah membimbingmu Asmaul Husna, apabila didoakan bersamanya,
akan dikabulkan. Dan apabila diminta bersamanya, akan diberi.”
http://qulamirulhakim.blogspot.com
0 komentar:
Posting Komentar