Bagaimana Untuk Menjadikan Masalah
Itu Manis?
Ketika kita ditimpa sebuah kesusahan, bererti Allah mahu
kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini.
Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar
kita mendekat kepadanya.
Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah
menyediakan untuk kita kemudahan.
Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses
pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
– QS. al-Insyirah: 5-6
Ketika permasalahan datang menghampiri
Jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan
memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak
adil.
Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta
ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap
dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.
Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar,
nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak
makna.
Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak
memberi erti tanpa didahului rintangan dan kesusahan. Setelah mendung terbitlah
cerah.
Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah
sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya.
Jika ketabahan yang kita bina, nikmat akan terasa. Jika
keluhan yang sentiasa kita bina sengsara akan selalu bertambah.
Permasalahan datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci
atau dimaki. Musibah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa permasalahan
kita takkan pernah dewasa.
Tanpa kesusahan kita takkan menjadi orang yang luar
biasa.
Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan
pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang
cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
Di saat kita mencari solusi dalam suatu permasalahan, di
saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu
mengatasi permasalahan tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu
bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.
0 komentar:
Posting Komentar